CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 25, 2008

PrAkTiKaL

Setiap student yg melanjutkan pelajaran di mana2 institut pengajian, wajib menjalani latihan industri ataupun praktikal. Tujuan utama latihan industry ini adalah utk mendedahkan pelajar dgn alam pekerjaan yg sebenar. Semasa menjalani latihan, pelajar wajib mengikuti latihan yg telah disediakan oleh pihak syarikat dan adalah menjadi tanggungjawab majikan utk menyediakan latihan utk para pelajar.

Pengalaman saya menjalani latihan praktikal di Telekom telah membuka satu ruang yg baru dlm hidup saya. Sebenarnya tempat praktikal saya kurang sesuai utk pelajar jurusan seperti saya kerana saya merupakan pelajar jurusan kejuruteraan computer. Tetapi sy tetap belajar kerana pd pendapat sy di mana kt ditempatkn pn, selagi kt mahu belajar, kt blh belajar. Apabila sebut tentang belajar, kt bkn hanya belajar hal2 yg berkaitan dgn jurusan kt sahaja, tetapi kt belajar kehidupan yg sebenar. Kita belajar cara berkomunikasi, handle problem, leadership, bisnes dan sebagainya. Ini kerana, utk menjadi seseorg yg berjaya, kt tidak boleh terlalu focus pada suatu bidang sehingga kt mengabaikan perkara lain dgn menganggap ianya tidak penting.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelajar yg menganggap tempat praktikal adalah tempat utk mereka mempraktikkan kemahiran mereka semata2. Maka apabila mereka menerima tugasan yg luar dr bidang, mereka tidak berminat utk menyelesaikan tugasan tersebut. Masalah ini adalah masalah yg serius kerana pelajar sebenarnya tidak benar2 memahami tujuan sbnr latihan industry. Mereka merasa terpaksa utk menjalani latihan industry kerana ia adalah wajib utk suma pelajar. Perasaan inilah yg sbnrnya mematahkan semangat pelajar utk meneruskan praktikal. Masalah ini sebenarnya blh diatasi sekiranya pihak institute pengajian member penjelasan yg tepat ttg tujuan latihan industry diadakan agar para pelajar faham akan kepentingannya dan bersemangat utk berpraktikal.

Sokongan dan kerjasama antara pihak institute pengajian dgn syarikat amat penting bg melicinkan proses praktikal. Tanpa kerjasama yg baik, kemungkinan besar akan mencetuskan masalah yg serius dikalangan pelajar. Institute pengajian seharusnya meletakkan kepercayaan kpd syarikat-syarikat yg telah menempatkan pelajar2 mereka. Jika berlakunya masalah yg tidak diingini di antara pelajar, pihak institute pengajian haruslah mengambil langkah yg bijak utk menyelesaikan masalah yg timbul. Siasatan perlulah dilakukan dgn adil. Bersefahaman harus dipupuk antara kedua2 pihak agar segala masalah yg timbul dpt diatasi.

Pelajar yg menjalani latihan praktikal sepatutnya harus bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani. Tekanan yg diberikan oleh pihak syrkt sepatutnya tidak menjadi halangan jika mereka benar2 bersedia. Sikap menghormati majikan juga adalah penting kerana jika pelajar tidak mempunyai sikap hormat , mereka akan melakukan sesuatu dgn sesuka hati. Maka, wujudlah lg masalah yg sepatutnya tidak patut terjadi. Oleh itu saya amat berharap agar para pelajar yg menjalani latihan praktikal agar memantapkan diri sebelum menjalani latihan ini. Persediaan yg baik mampu membuahkan hasil yg baik. Sikap dan pemikiran yg positif mampu mempertingkatkan serta memajukan diri. Apa yang penting kemahuan dan kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu kerja.

Sekarang saya sedang bekerja di sebuah syarikat yg menerima pelajar untuk menjalani praktikal. Dalam tempoh bulan pertama bekerja, sy dpt lihat dan menilai sikap pelajar2 yg menjalani praktikal di sini. Pada hari pertama bekerja, sy bersama beberapa org staf dan suma pelajar praktikal dikehendaki berkumpul utk menghadiri klas dgn En.Azizan (bos).

Apa yg sy dpt lihat, sepanjang tempoh klas diadakan, pelajar praktikal tidak menumpukan perhatian terhadap apa yg diajar. Mereka dgn selambernya bersembang2, bersms dan bercakap telefon di dlm klas. Mereka lgsg tidak menghormati bos yg sedang mengajar di depan. Sikap mereka ini bg pendapat sy tidak layak utk seorg yg bergelar pelajar. Sikap sambil lewa dan tidak menghormati seorg ketua jika dibawa sehingga mereka bergelar pekerja akan meninggalkan impak yg besar kepada diri mereka sendiri dan semestinya akan mewujudkan masalah ditempat kerja dgn majikan.

Sikap para pelajar tersebut yg datang dari politeknik dan kolej komuniti telah memakan dr sndr. Mereka naik berang apabila dimarahi oleh bos sy dan akhirnya timbul rasa tidak puas hati dan mereka mula memberontak.

Sewaktu lawatan pensyarah mereka ke syarikat, pelajar2 ini menceritakan yg mereka hanya belajar sdikit sj sepanjang 3bln menjalani praktikal. Selain itu juga, mereka turut menyatakan yg kadang2 mereka diajar benda yg tidak berkaitan dgn jurusan yg mereka ambil (komputer). Mereka mempertikai kenapa mereka perlu belajar bisnes dan sebagainya lg.

Pada pendapat sy, pelajar2 ini sbnrnya tidak memahami objektif sbnr praktikal itu sndr. Mereka menganggap tmpt praktikal sama seperti poli/kolej. Mrk berharap diajar sama spt mrk di poli/kolej. Sikap pensyarah mrk juga tidak profesional krn mrk trs menerima apa yg dicerita oleh pelajar2 mrk tanpa melakukan siasatan ke atas syarikat. Mrk hanya mendengar cerita dari sblh pihak shj. Adil kah mrk bersikap begini? Adakah dgn membela pelajar2 mrk dpt membantu pelajar itu sndr?

Sikap membela pelajar sbnrnya telah merosakkan pelajar itu sndr. Jika pelajar mrk berada di tmpt yg btl tidak mengapa. Tetapi masalahnya semuanya bermula dr sikap pelajar itu sndr. Jika pihak syrkt tidak menegur sikap mrk yg kurang serius dlm menjalani praktikal, masalah yg lbh serius akan berlaku. Mereka akan terbawa2 sikap ini nnt.

Apa yg mengecewakan ialah pihak poli dan kolej tersebut telah menukarkan tmpt praktikal pelajar2 mrk ke syarikat lain tanpa berbincang dahulu dgn pihak syarikat kami. Dari keputusan ini, dpt sy simpulkan bahawa masalah yg berlaku adalah disebabkan masalah pengurusan dan interaksi antara pihak poli/kolej/pelajar dgn syarikat. Sikap tidak bertanggungjawab ini jika dibiarkan akan merosakkan pelajar mrk sndr.

Oleh itu sy amat berharap agar pihak poli/kolej memberikan penerangan yg tepat ttg objektif praktikal kpd bakal2 pelajar mrk sblm menjalani praktikal bg mengelakkan masalah yg sama menimpa. Para pelajar pula harus memahami tujuan sebenar praktikal jika mahu menimba ilmu dan pengalaman bekerja. Jika mrk tidak yakin dgn syarikat yg dipohon utk menjalani praktikal, jgnlah menerima keran terpaksa. Dgn keikhlasan dan keyakinan, barulah kt dpt belajar.

0 comments: